Minggu, 07 Juni 2020

🌱Pokok Semalu Ini Mempunyai Banyak Khasiat Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu !! 🌱

♥️info :
°°°°°°°
🌿Pokok Semalu (Mimosa pudica) atau dipanggil Shameplant. Kenal tak pokok semalu ni? Ia banyak tumbuh di sekitar tempat tinggal kita. Nama lain semalu ialah kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau dan duri keman.

🌿Pokok semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Duri semalu boleh meluka bahagian badan jika terkena, terutama apabila terpijak.

🌱Pokoknya berduri dan bila disentuh daunnya ia 'malu' lalu menguncup. Hehe.

🌱Jangan main main pokok ini berduri. Namun sebenarnya banyak khasiat terkandung dalamnya.

❤ Saya kongsikan kepada anda semua khasiatnya pokok ini.

🍀Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.

📌1. Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
📌2. Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' pada kaki dan tangan.
📌3. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,

🍀Akar pokok di cuci dan direbuz dan diminum, Ekstrak dari akar pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.

🍀Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.

🍀Rawatan gatal akibat 'makan air'.
- Ambil semua bahagian pokok.
- Rebus
- Rendam kaki ketika air suam.

🍀Merawat luka.
- Ambil semua bahagian pokok.
- Lumatkan.
- Tampal pada bahagian luka.

🍀Merawat keadaan tidak tenteram atau gelisah.
- Ambil semua bahagian pokok.
- Rebus.
- Gunakana air rebusan itu untuk mandi.

🍀merawat bisul.
- Ambil daun dan dilumatkan.
- Tampal bahagian bisul dengan ditinggalkan kosong di bahagian tengah.
- Rasa berdenyut akan hilang dan nanah akan keluar.
- Boleh juga guna akar.

⭐Petua Merawat Kuku kaki dan tangan dengan Pokok Semalu⭐

🌱 Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak.

🌱 Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi, masuk kan kaki atau tangan dan rendam di dalam air rebusan itu.

🌱 Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' dek air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.

🌱Gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan).

❤Sumber orang yg memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makan tengah hari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya, tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari - tiada langsung pecah tumit dan sebagainya!!) - She is a living proof! Petua di ataslah yang diamalkan olehnya selama berpuluh tahun lepas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

manfaat tanaman putri malu untuk kesehatan. 1. Menyembuhkan Luka Penderita Diabetes Tumbuhan putri malu bisa digunakan untuk menyembuh...